Calon kerusi Ahli Majlis Mesyuarat – Bicara Pemimpin ( Hari Kelima)

 

SELASA 27 FEBRUARI 2018

DATARAN GEMILANG KVJ

 

Hari Kelima – Bicara Pemimpin. Calon Majlis Perwakilan Pelajar bagi merebut kerusi Ahli Majlis Mesyuarat.

Calon : MUHAMMAD HAIRIE

Manifestonya : menyediakan kemudahan mesin ATM di kolej bagi memudahkan transaksi wang kepada pelajar khususnya pelajar asrama.

Calon : MUHAMMAD ASYRAAF BIN KAMARUDIN

Manifestonya : mengurangkan waktu pembelajaran. Di mana pelajar dibenarkan pulang sekiranya tidak mempunyai kelas pada hari tersebut. Mewujudkan sistem kedatangan pelajar melalui Thumbprint.

Calon : MUHAMMAD SHAZNIZAM BIN MD ZAMRI

Manifestonya : memperjuangkan isu-isu berbangkit seperti masalah harga dan kuantiti makanan yang disediakan oleh pihak kantin kolej. Mempelbagaikan hidangan dan ‘stall kecil’.

Calon : ZARUL HAQEEM BIN KAMARUL ZAINAL

Manifestonya : meningkatkan prasarana, infrastruktur dan kemudahan setaraf kolej.