Kata Aluan Pengarah

Salam Sejahtera

Salam Sehati Dan Sejiwa

pengarah-kolej
Terima kasih dan selamat datang ke Laman Web Kolej Vokasional Juasseh. Pada era dunia tanpa sempadan dengan maklumat di hujung jari, laman web amat penting bagi sesebuah organisasi sebagai medium penyadur maklumat dan pengetahuan. Semua informasi berkaitan Kolej Vokasional Juasseh dapat diakses oleh semua pihak dari semasa ke semasa dengan cepat dan tepat hingga ke peringkat global.

Dalam usaha merekayasa ( reengineering ) sistem pendidikan vokasional dan transformasi sistem pendidikan negara di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang menjadi pemangkin kemenjadian pelajar, laman web menjadi satu dimensi baru yang memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat berkaitan Kolej Vokasional Juasseh khasnya dan pendidikan Vokasional amnya.

Langkah ini tepat dan kena pada masanya bagi memartabatkan dan mengarusperdanakan Pendidikan Vokasional sehingga akan menjadi pilihan utama yang menyediakan laluan untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi seterusnya berupaya memenuhi kebolehpasaran atau kebolehpekerjaan industri ke arah negara maju berpendapatan tinggi.

Di samping sebagai sumber maklumat, laman web ini menjadi penghubung utama, rakan kongsi dan pengikat kasih di hati semua individu atau pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan Kolej Vokasional Juasseh. Input, idea yang kritis dan kreatif serta pandangan yang positif dari semua pihak juga amat dialu-alukan ke arah penambahbaikan laman web ini agar dapat memberi impak yang lebih berkesan dan mantap.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Lawan Web Kolej Vokasional Juasseh dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas usaha yang lebih proaktif, inovatif serta kompetetif mengorak langkah dalam kepesatan dunia digital dan komunikasi dalam komuniti maya kini.

Terima kasih.

HAJAH FATIMAH BINTI MD AKHIR
Pengarah Kolej Vokasional Juasseh.