Kekosongan Kemasukan di KVJ. Terhad!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada pelajar lepasan PT3 2016, kemasukan ke Kolej Vokasional Juasseh masih dibuka.

Syarat kemasukan iaitu Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup D bagi PT3 dan bagi keputusan PBS, memperolehi Band 3 ke atas.

Kursus yang masih kosong adalah Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Teknologi Pembinaan, Teknologi Elektronik dan Teknologi Pemesinan Industri.

Kepada pelajar yang berminat, boleh terus ke Kolej Vokasional Juasseh untuk mendapatkan surat tawaran bagi yang memenuhi syarat kemasukan.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah menghubungi KVJ di talian 06-4981572 (waktu pejabat).

Terima kasih dan harap maklum.