KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M)

Majlis perlancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) bagi tahun 2018 telah berlangsung di Dewan Gemilang KVJ pada hari ini Rabu 4 April 2018. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Kolej Vokasional Juasseh , Pn Hjh Fatimah Bt Md Akhir. Unit Pusat Sumber KVJ juga menganjurkan pelbagai aktiviti dan pertandingan sempena KM1M. Idea dan Konsep yang ditonjolkan oleh Unit Pusat Sumber  sempena kem ini adalah ‘ Taman Bacaan’ atau ‘Reading Garden’.