Latar Belakang

LOKASI KOLEJ

Merupakan kolej yang terletak di kawasan luar bandar. Pekan yang terletak berhampiran dengan Kolej ini adalah Pekan Juasseh dan Pekan Batu Kikir. Manakala bandar terdekat ialah Kuala Pilah dan Bahau. Jarak kolej ini dari bandar terdekat adalah 12 km dan jarak dari Pejabat Pendidikan Daerah adalah 11 km. Kawasan sekitaran sekolah adalah di kelilingi oleh ladang getah serta kawasan perumahan.

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN KOLEJ

Tapak di mana kolej ini dibina pada mulanya ialah merupakan sebuah estet yang mana terdapat beberapa blok rumah pekerja termasuklah sebuah rumah pengurus estet. Menurut sejarah yang lebih awal, sebelum estet dibina, sebahagian tapak kolej ini ialah merupakan landasan kapal terbang (airstrip) tentera Jepun.

Bangunan asal kolej ini dibina di bawah peruntukan Colombo Plan. Pada tahun 1984, cuma 9 buah bilik darjah daripada 18 buah kelas sahaja yang digunakan kerana bilangan pelajar pada masa itu ialah seramai 210 orang sahaja. Bilangan guru pula ialah seramai 10 orang.

Kolej ini mula mendapat bekalan api dan air pada 20 Feb 1984 hingga ke hujung tahun. Beberapa peralatan Seni Perusahaan yang terdapat di Sekolah Menengah Zaaba dan Sekolah Menengah Sains Tunku Jaafar turut dipindahkan ke sekolah ini.

Bangunan asal termasuklah dua buah blok bilik darjah/ pentadbiran, sebuah dewan besar, lapan buah bengkel, sebuah makmal sains dan tiga blok asrama.

Kursus awal yang ditawarkan di sekolah ini pada mulanya ialah:

Nama Kursus Bilangan Pelajar
Binaan Bangunan 30
Kajisawat Motor 30
Pepasangan & Penyelenggaraan Elaktrik 30
Mengegas dan Memesin 20
Kimpalan & Kepingan Logam 20
Perdagangan 80

Selain dari itu ia juga melibatkan pembinaan dua unit rumah guru kelas