Latihan Kebakaran Kolej Vokasional Juasseh

Latihan kebakaran oleh Pasukan Bomba Kuala Pilah telah diadakan pada Jumaat (14 Julai 2017) jam 10.00 pagi. Latihan ini telah diketuai oleh Encik Ariffin bersama dengan skuadnya seramai 8 orang. Melalui latihan ini, pensyarah dan pelajar didedahkan dengan persediaan sekiranya berlaku kebakaran. Beberapa perkara dan langkah menggunakan alat pemadam api ditunjukkan. Malah diadakan juga demonstrasi memadamkan api. Beberapa orang pensyarah dan pelajar turut serta dalam demonstrasi cara memadamkan api menggunakan alat pemadam api. Terima kasih kepada Pasukan Bomba Kuala Pilah.