Lawatan dari SMK Seremban Jaya 2

Pada 15 Oktober 2018, KV Juasseh menerima kunjungan / lawatan pelajar-pelajar lepasan PT3 Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2. Lawatan ini bertujuan untuk mengenal KV dan mendedahkan kepada pelajar tentang program-program yang ada di KV Juasseh. Secara tidak langsung dapat mempromosikan KV dalam program Inreach. Pelajar-pelajar telah dibahagikn kepada 2 kumpulan untuk aktiviti lawatan ke bengkel-bengkel. Pelajar ini telah dibawa oleh wakil perwakilan pelajar ke bengkel-bengkel. Di sana mereka akan diberi taklimat ringkas oleh pensyarah bengkel. Malahan, pelajar ini dapat melihat demostrasi oleh pelajar bengkel tentang program tersebut.