Lebaran Aidilfitri KVJ 2018

6 JULAI 2018 / Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri KV Juasseh telah berjaya disempurnakan dengan penuh kemeriahan. Pelbagai juadah yang sama disediakan untuk warga kolej bersama PIBG. Semoga program ini dapat mengeratkan silaturahim dan saling bermaafan di bulan Syawal yang mulia ini. Tahniah kepada Kelab Pensyarah dan Majlis Perwakilan Pelajar yang telah memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada semua pihak yang turut menyumbang dalam menyediakan juadah hari raya yang enak dan lazat.