Majlis Persaraan ‘ Setitik Budi Kenangan Abadi ‘

Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Itu adat, itu lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan.

MALAM HARI BERLAGU UNGGAS
MEMECAH KESUNYIAN DI DALAM HUTAN
WALAUPUN TERPISAH TEMPAT DAN TUGAS
BUDIMU TUAN DALAM INGATAN
 

YANG DIRAIKAN : –     

  • TN HJ SUHAIMI BIN OTHMAN
  • TN HJ MANSOR BIN MAASIN
  • PN ZAITON BINTI ABDULLAH

TEMPAT : DEWAN GEMILANG KVJ

MASA : 8.00 PAGI ( JUMAAT – 10 FEBRUARI 2017)

Majlis persaraan pensyarah dan staf sokongan KVJ iaitu Tn Hj Suhaimi Bin Othman, Tn Hj Mansor Bin Maasin dan Pn Zaiton Binti Abdullah. Majlis ini diadakan bagi meraikan dan mengenang jasa mereka sepanjang berkhidmat di kolej ini. Kelab Pensyarah telah mengatur dan menguruskan majlis ini dengan baik dan lancar.