Mesyuarat Agung PIBG KVJ kali ke-32/2018

Mesyuarat Agung PIBG Kolej Vokasional Juasseh Kali Ke-32 / 2018 telah diadakan di Dewan Gemilang KVJ pada hari Jumaat 16 Mac 2018. Mesyuarat tersebut disempurnakan oleh Tuan Hj Ropei Bin Haji Zainudin, YDP PIBG. Majlis dihadiri oleh AJK PIBG, Ibu Bapa, Penjaga dan Guru. Turut diadakan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pentaksiran akhir semester 4 2017 bagi setiap program.