MOH Masuk KV Juasseh

Moh Masuk KV Juasseh !!!

Pelbagai program ditawarkan kepada pelajar lepasan PT3. Antaranya :

  • Program Teknologi Automotif
  • Program Teknologi Elektronik
  • Program Teknologi Elektrik
  • Program Teknologi Kimpalan
  • Program Teknologi Pemesinan Industri
  • Program Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara
  • Program Teknologi Pembinaan
  • Program Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
  • Program Pengurusan Perniagaan
Syarat – syarat Umum :

  • Calon adalah Warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah/Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM.
  • Calon Lepasan Tingkatan 3 yang menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi
  • Pentaksiran Pusat (PT3),Pentaksiran Sekolah (PS),Pentaksiran   Aktiviti Jasmani,Sukan dan Kokurikulum (PAJSK),dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon sihat tubuh badan
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaaan atau penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali.
  • Calon mestilah TIDAK RABUN / BUTA WARNA.
  • Calon bebas daripada masalah mental.
  • Calon berminat dengan program dipohon.
Syarat – syarat Khusus :

  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup (Keputusan PT3).
  • Calon memperoleh sekurang-kurangnya Band 3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Sains,Matematik,dan  Kemahiran Hidup (Pentaksiran Sekolah-PS).
Anda boleh layari website KVJ : www.kvjuasseh.edu.my.            @      No  Telefon: 06-4981572

Untuk info kemasukan layari Web : http://www.sptv.moe.gov.my         

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI !!! Kehadiran anda dinantikan…