PENDAFTARAN PELAJAR TAHUN 1 DIPLOMA SESI 2019

Pendaftaran pelajar Tahun 1 Diploma sesi 2019. Pelajar-pelajar terdiri daripada 10 program yang ditawarkan di Kolej Vokasional Juasseh. Proses pendaftaran ini dikendalikan oleh Unit HEM dan Pensyarah Pembimbing. Program yang ditawarkan :

  • Pengurusan Perniagaan
  • Perakaunan
  • Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian
  • Teknologi Automotif
  • Teknologi Elektrik
  • Teknologi Elektronik
  • Teknologi Kimpalan
  • Teknologi Pembinaan
  • Pemesinan Industri
  • Teknologi Penyejukan dan Penyaman Udara

Proses pendaftaran ini telah diadakan di Dewan Gemilang KVJ pada jam 10.00 pagi. Pelajar dikehendaki menandatangani Borang Daftar subjek diploma. Tahniah diucapkan kepada mereka yang ditawarkan ke program diploma vokasional malaysia.