Perlancaran Aktiviti Frog VLE

Majlis perlancaran aktiviti Frog VLE telah dirasmikan oleh Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Pn Hjh Fatimah Binti Md Akhir. Turut disampaikan Jadual Penggunaan Kelas Frog VLE oleh Encik Sarimen Bin Sapiei, Timbalan Pengarah Akademik. Sepanjang bulan April ini diadakan beberapa aktiviti untuk meningkatkan dan menggalakkan penggunaan Frog VLE dalam PdPc. Majlis telah berlangsung pada Hari Jumaat 6 April 2018 di Dewan Gemilang KVJ. Antara aktiviti tersebut adalah :

  • Pertandingan Dashboard Kreatif dan Menarik ( Pelajar)
  • Pertandingan Sites PdPc ( Pensyarah)
  • Pertandingan Log In ID terbanyak ( Pensyarah dan Pelajar)
  • Klinik Frog VLE
  • Bengkel Celik Frog VLE- Pensyarah ( setiap hari Rabu)

Pelbagai hadiah menarik menanti anda.