SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1439H

Sambutan Maal Hijrah peringkat Kolej Vokasional Juasseh telah diadakan pada hari Khamis 21 September 2017. Perarakan Maal Hijrah yang melibatkan 11 kumpulan perbarisan yang terdiri daripada Barisan Pengurusan dan Pentadbiran, Program KSK, Program BAK, Program BPP, Program WTP, Program ETN, Program ETE, Program MPI, Program MPP, Program MTK dan Program MTA. Semua pensyarah dan pelajar terlibat dalam sambutan ini. Perarakan bermula dari Bengkel Binaan Bangunan hingga ke Dewan Gemilang sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.