Sesi Temubual Pemilihan KVJ

Sesi Temubual pemilihan kemasukan ke program 1 Pra Diploma (SVM) bagi Kohort 2017 telah diadakan di Dewan Gemilang Kolej Vokasional Juasseh (KVJ) pada hari Isnin 9 Januari 2017.

Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelajar lepasan PT3 (2016).

Selain dari temubual, pelajar-pelajar juga dikehendaki menjalani Ujian Diagnostik.

Pelajar yang berjaya memasuki Kolej Vokasional Juasseh akan diumumkan pada 16 Januari 2017.