Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Keputusan kerajaan untuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005 telah dibuat pada 19 Mei 2004, SLDN diperkenalkan bertujuan menyediakan tenaga mahir negara (k-Pekerja) melalui satu kaedah latihan komprehensif dan terkini yang memenuhi kehendak industri semasa.

 

Pendekatan SLDN dapat mengurangkan pengeluaran tenaga mahir yang tidak memenuhi kehendak semasa industri. Sistem ini juga memberi pendedahan kepada perintis situasi kerja yang sebenar.

 

KONSEP LATIHAN

SLDN adalah satu konsep latihan yang melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yang meliputi 70% hinggan 80% dan di institusi latihan yang meliputi 20% hingga 30%. Pendekatan latihan SLDN akan ditentukan oleh industri bersama-sama dengan pihak institusi latihan samada memilih pendekatan day release iaitu mengikut kesesuaian industri tersebut.

  • kaedah pembelajaran mengikut pendekatan day release ialah perintis akan menjalani latihan selama 4 hingga 5 hari di industri dan 1 hingga 2 hari di institusi latihan pada setiap minggu. kaedah pembelajaran mengikut pendekatan block release ialah pelatih akan menjalani latihan di industri selama 4 hingga 5 bulan serta latihan selama 1 hingga 2 bulan di institusi latihan.
  • jangka masa latihan adalah selama 2 tahun yang dibahagikan kepada 4 semester

FAEDAH SLDN

Insentif kewangan 

  • mengurangkan kos pengambilan pekerja mahir dari segi latihan, penilaian, pengiklanan dan pemilihan
  • layak mendapat potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 atau layak menuntut bayaran latihan daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (TPSM) untuk syarikat / majikan yang layak

Peningkatan Kualiti Produktiviti

  • meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang dilatih adalah mengikut keperluan di industri
  • meningkatkan produktiviti kerana pekerja yang mengikuti SLDN boleh memenuhi keperluan pekerjaan sepenuhnya
  • meningkatkan daya saing kerana syarikat/majikan dibekalkan dengan pekerja mahir yang relevan dan mencukupi
  • meningkatkan penggunaan teknologi baru yang lebih efisien kerana perantis SLDN diberi pendedahan kepada pelbagai teknologi terkini semasa proses pembelajaran

PEMBANGUNAN HUMAN CAPACITY

  • meningkatkan kualiti kerana latihan yang dijalani sepanjang tempoh yang ditetapkan berdasarkan kepelbagaian proses kerja industri
  • memberi kesan positif dari segi prestasi pekerja dan kepuasan pekerja
  • meningkatkan imej syarikat/majikan sebagai pengeluar k-Pekerja bagi melaksanakan tanggungjawab sosial negara
  • membantu mewujudkan satu mekanisma tambahan bagi tujuan kenaikan pangkat dan meningkatkan kemahiran pekerja sediada
  • memberi peluang kepada pekerja mahir sediada di industri didedahkan dengan ilmu dan kemahiran kejurulatihan 

FAEDAH KEPADA PERANTIS

Elaun

Perantis layak menerima alaun bulanan minimum oleh pihak syarikat/majikan bagi sepanjang tempoh latihan seperti berikut :

        Semester                                                       Elaun

  • Pertama                                                       RM 350
  • Kedua                                                          RM 400
  • Ketiga                                                          RM 450     
  • Keempat                                                      RM 500

Persijilan

Setelah menjalani kursus selama 2 tahun, perantis akan dianugerahkan sijil k-Pekerja SLDN (sama taraf dengan SKM tahap 3) yang diperakui oleh JPK dan industri yang berkaitan.

Pembangunan Kerjaya

Perantis yang berjaya menamatkan kursus selama 2 tahun berpeluang mengikuti peningkatan kerjaya seperti berikut :

  • layak mengikuti program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
  • pengajar di industri institusi Institut Latihan
  • bekerja sendiri
  • peluang kenaikan pangkat

 

BORANG PERMOHONAN SLDN