Teknologi Elektrik (ETE)

Deskripsi

  • Pelajar akan mempelajari kaedah-kaedah pemasangan, mengendali dan menguji pendawaian 1 & 3 fasa juga mengesan serta membaik pulih kerosakan litar elektrik.
  • Di samping itu, pelajar juga akan diajar cara-cara untuk mengawal, menyelenggara alat jana kuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian yang ditetapkan.
  • Graduan berpeluang bekerja di syarikat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) sebagai pendawai atau bekerja dengan industri dalam bidang penyelenggaraan elektrik sebagai juruteknik elektrik.
  • Lepasan pelajar kursus ini juga boleh bekerja sendiri dengan membuka syarikat kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST).