Teknologi Automatif (MTA)

Visi

 Melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran sebagai penjana pembangunan didalam bidang automotif negara.

Misi

 Merealisasikan matlamat sistem pendidikan untuk melahirkan tenaga mahir dimasa hadapan selaras dengan pembangunan negara.

 

Pelajar akan didedahkan dengan kerja-kerja menyelenggara, merombakrawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem penyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering.

 

OBJEKTIF

  • Melahirkan tenaga kerja mahir didalam bidang Automotif yang diperlukan oleh sektor Industri Automotif Negara.
  • Meningkatkan kualiti kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
  • Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran perindustrian yang sistematik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.